Tentang Saya

Terima kasih sudi mengunjungi Diari Ummi.Meh saya perkenalkan diri saya.

Nama diberi Farah Farhana binti Ab Malek. Boleh panggil Kak Farah je. Sudah berkahwin dan dikurniakan 3 orang cahaya mata.

Anak sulung bernama Sayyidah Nafisah, 5 tahun. Nafisah seorang anak yang aktif! Suka membaca dan menulis. Kadang-kadang kita yang surrender, sebab setiap masa mesti tanya, “Ummi, yang ni macam mana… yang ni buat lagumana.” 🙂

Anak kedua bernama Sayyidah Najeehah. Najeehah lemah lembut orangnya.. Sangat manja. Selalu jugak bergaduh dengan kakaknya. Najeehah berumur 3 tahun.

Yang paling bungsu, hero, teman si Abi. Namanya Muhammad Ulin Nuha, 10 bulan. Sekarang dah pandai bertatih. Suka main dengan kakak2 nya.. Makan pun banyak 🙂

Lastly, teman hidup Kak Farah bernama Mohd Murbawi Ibrahim. Alhamdulillah dikurniakan seorang suami yang penyayang dan penyabar serta rajin.. Hehe..

Nanti Kak Farah ceritera lagi ye 🙂